Martabat Nafsu

Januari 13, 2010

Apabila berbicara tentang nafsu, ramai diantara kita mengolahkan tentang suatu kelakuan yang  terbit  dari perilaku hidup manusia.Adapun diantara kita berkata”Jangan ikuti nafsu nanti lesu” hidup ini jangan sekali-kali ikut nafsu karena itu adalah pekerjaan syaitan. Pendek kata ramai diantara kita belum lagi mengetahui takrif nafsu dan juga menambah martabat nafsu. Adapun takrif nafsu dapat dibagi menjadi dua bagian sebagai berikut :

1.Pertama :Nafsu adalah suatu perlakuan naluri manusia yang mendorong suatu perlakuan yang dikuasai oleh iblis untuk melakukan suatu yang bertentangan dengan syariat, hakikat Allah s.w.t dan ianya terbit dari pada kekotoran hati manusia dengan Allah s.w.t.

2.Kedua : Nafsu juga boleh ditakrifkan sebagai suatu martabat kelakuan hati dan kelakuan manusia didalam arah martabat kesucian seseorang itu pada hakikatnya dan ianya boleh juga ditafsirkan sebagai taraf dan tahap hijab-hijab yang harus ditembusi oleh manusia untuk mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya. Adapun nafsu itu letaknya dicabang hati manusia.Ianya bertindak sebagai hijab dinamakan (hijab) maksunya hubungan antara diri rahasia manusia dengan tuan  empunya diri (Tuhannya).

Oleh karena itu tugas manusia yang hendak menuju kepada makrifat hendaklah berusaha memecahkan ruyung-ruyung hijab ini sehingga ianya sampai ke martabat yang paling tinggi kemuliaanya disisi Allah s.w.t dan pula bebaslah diri batin manusia untuk bertemu dengan diri Empunya Diri pada setiap saat dan ketika.

Adapun martabat nafsu pada diri manusia itu terdiri dari 7 nafsu sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran :          1.Nafsu Amarah
2.Nafsu Lawamah
3.Nafsu Mulhamah
4.Nafsu Mutmainah
5.Nafsu Radiah
6.Nafsu Mardiah
7.Nafsu Kamaliah

Surat Al Mu’minun ayat 17
Artinya “Sesungguhnya kami telah mencipta keatas dirimu tujuh  jalan (nafsu)”

Sifat 20

Januari 11, 2010

Oleh kerena kita tidak mengenal Allah secara zahir, maka kita hanya boleh mengenalinya melalui sifat-sifatnya. Misalnya melalui belajar mengenalinya  melalui sifat 20 atau melalui nama-namanya (Asmaul husna), kedua-duanya dari Al-Quran. Sifat-sifat Allah bukanlah terhad kepada 20 saja, cuma yang pokoknya saja dibincangkan dalam sifat 20.

1. Wujud. Allah itu ada. Allah ialah nama bagi zat Wajibul Wujud (yang ada-Nya adalah wajib). Bukti Allah ada ialah adanya alam ini. Allah itu puncak kepada segala-galanya, kalau Allah tiada semua benda lain tiada.

Al-Hashr [24] Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada)

Al-Ghafir [62] Yang bersifat demikian ialah Allah, tuhan kamu; yang menciptakan tiap-tiap sesuatu (dari tiada kepada ada);

Dalam sebuah hadith qudsi Allah berfirman:

Aku adalah khazanah tersembunyi dan aku ingin diketahui. Kerana itu lalu aku menciptakan makhluk agar aku diketahui.

2. Qidam (sediakala). Adanya Allah itu dari dahulu lagi.

Al-Ikhlas [3]… dan Dia pula tidak diperanakkan.

Al-Hadid [3] Dialah Yang Awal…

3 .Baqa’. Adanya Allah itu kekal selama-lamanya.

Baqarah [255] Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Ar-Rahman [27] Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Al-Hadid [3] Dialah Yang Awal dan Yang Akhir

Al-Ikhlas [3] Dia tiada beranak …

ALLAH bersifat kekal, maka DIA tidak perlukan anak. Hanya manusia yang perlukan anak untuk menyambung keturunan. Tetapi ALLAH itu AWAL dan dialah AKHIR dan tidak mati. Jadi untuk apa dia perlukan anak.

4. Mukholafatuhu lil hawadis. Adanya Allah itu tidak serupa dengan adanya makhluk .

Al-Ikhlas [4] Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. .

Semua perkara, benda, selainnya adalah benda-benda baru yang mana pada permulaan sebelum wujudnya telah didahului oleh ketiadaannya dinamakan makhluk. Benda-benda tersebut kesemuanya dinamakan makhluk (yang telah dijadikan) kerana tidak terjadi atau tercipta dengan sendirinya, seperti langit, bumi, syurga, neraka, ‘Arasy, Kursi, Luh Mahfuz, Malaikat, manusia, jin, syaitan, binatang.

Tidak sama pelukis dengan lukisannya,demikian ALLAH dan makhluk ciptaannya, Allah adalah original, makhluknya hanya tiruan.

5. Qiyamuhu bi nafsihi. Adanya Allah itu dengan sendiri. Hidupnya juga tidak perlu kepada nyawa. Allah tidak perlu kepada apa-apa. Dia tidak perlu kepada makanan atau minuman. Berbeza dengan makhluknya yang sentiasa perlukan sesuatu darinya. Allah maha kaya kerana dia tidak perlu kepada apa-apa sedangkan kita miskin dan sentiasa perlukan sesuatu darinya.

Ali-Imran [97]..maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Al-Fatir [15] (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

6. Wahdaniyah. Allah itu satu, tunggal, esa.

Al-Ikhlas [1] katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah allah Yang Maha esa.

ALLAH itu ESA yang sebenar-benar ESA iaitu satu pada ZAHIR dan satu pada BATIN (pada akal kita). Tidak seperti biji sawi. Hanya esa pada zahirnya, tetapi boleh dibelah atau dipotong-potong pada akal manusia. ALLAH tetap tunggal pada zahir dan pada akal manusia, tidak mempunyai juzuk dan tidak boleh dibayangkan pada akal serta tidak boleh menjelma ke dalam sesuatu.

Sifat Maani (sifat yang abstrak)

7. Qudrat. Allah berkuasa. Allah berkuasa tanpa sebarang perlantikan. Kuasanya adalah kuasa yang asli. Segala di alam ini milik Allah, cuma diberi kuasa sementara kepada makhluk-makhluk yang akhirnya akan diambil kembali setelah mereka mati.

Ali-Imran [26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki…

Al-Qasas [58]……..sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.

8. Iradah. Allah berkehendak. DIA mempunyai kehendaknya sendiri dan berpendirian. Allah tidak seperti manusia yang kadangkala bersifat bagai lalang, yang bergerak mengikut tiupan angin. Allah mencipta alam ini dengan kehendaknya dan ikhtiarnya sendiri.

Dalam al-quran disebut, Fa”aalun lima Yurid ..

Hud[107] Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Kalaulah berkumpul semua jin, manusia, malaikat dan syaitan untuk menggerakkan seekor semut kecil atau menahannya dari bergerak, tanpa iradah (kehendak) Allah semuanya tidak mampu melakukannya (Kitab Sirus Salikin).

Api tabiatnya boleh memanaskan, namun tanpa izin Allah ia tidak boleh memanaskan atau membakar. Ibu Nabi Musa pernah meletakan Nabi Musa didalam tempat periuk yang panas di atas api, ketika pasukan tentera Firaun datang untuk mencari bayi lelaki. Namun Nabi Musa tetap selamat kerana Allah tidak mengizinkan api itu memanas dan membakarnya. Begitu juga semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh Namrud.

9. Ilmun. Allah mengetahui.

Al-Hadid [4] ….Dia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya….

Ilmu pengetahuan Allah itu tidak berubah atau bertambah, ilmunya ‘qadim’ sejak azali lagi. Ilmu Allah adalah ilmu yang asli, ilmu yang diberikan kepada kita makhluknya adalah ilmu yang baru dan diberi mengikut kekuatan akal. Ilmu yang diberikan kepada manusia hanya sedikit sahaja.:

Al-Israa [85]….dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.

10. Hayat. Allah itu “Hayyat” iaitu hidup dan hidupnya adalah yang asli iaitu tidak perlu kepada nyawa dan hidupnya berasingan dari makhluk. Hidupnya juga tidak perlu kepada makanan atau minuman. Allah tidak mati kerana hidup itu haknya. Allah tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang. Undang-undang itu hanya untuk kita, makhluknya.

Baqarah [255] Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup,

11. Sama’. Allah Mendengar. Allah bukan pekak atau tuli kata Nabi:-

Hai manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang gaib, sesungguhnya kalian sedang berdoa kepada Tuhan Yang maha Mendengar lagi Maha Dekat; Dia selalu bersama kalian (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)

An-Nisaa [58] Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Allah mendengar tidak menggunakan gegendang telinga. Allah menjadikan manusia mendengar menggunakan telinga, tapi dia sendiri tidak perlukan telinga. Bunyi dan suara yang perlahan atau kuat sama saja disisi Allah. Tidak perlu meninggikan suara dalam berdoa. Rasulullah menegur sahabat yang berdoa dan meninggikan suara. Suara tak keluar pun Allah boleh dengar. Allah juga tahu apa di dalam hati kita.

12. Basar. Allah melihat. Allah melihat tidak menggunakan biji mata. Allah menjadikan manusia melihat dengan mata, tapi dia sendiri tidak perlukan mata. Dalam gelap pun Allah nampak. Kita pula hanya boleh melihat benda dalam cahaya dan hanya boleh melihat sesuatu dalam jarak yang tertentu.

Hadid [4] ……Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

13. Kalam. Allah berkata-kata. Al-quran itu ialah kalam Allah.

As-Shura [51] Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

Sifat Maknawi

14-20. Kaunuhu Qadiran, muridan, aliman, hayyan, samian, basiran, mutakallima… Keadaannya Maha berkuasa, maha berkehendak, maha mengetahui, maha hidup, maha mendengar, maha melihat dan maha berkata-kata.

Sifat ke 14 hingga 20 menerangkan keadaan Allah dari 7 sifatnya yang diterangkan sebelum ini.Misalnya Allah itu sifatnya berkuasa (qudrat), maka keadaannya ialah Allah memiliki kuasa (kaunuhu qadiran). 7 sifat ini juga dikenali dengan sifat Maknawiyah.

Hubungan Ilmu Allah dengan Manusia

Januari 10, 2010

Sebagaimana kita mengetahui bahwa manusia dijadikan oleh Allah untuk berbakti kepadanya dan menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat, asma dan apaalnya. Seperti firman Allah di dalam Al Quran surah Az-Azariaat ayat:- 65 artinya “Tidakku jadikan Jin dan manusia itu kecuali untuk berbakti kepadaku”.
Dan untuk mencurahkan bakti kepada Allah, maka manusia haruslah mengabdi pada Allah.
Seperti Sabda Rasullulah : “Awwaluddyn maqrifattullah” bermula awal agama itu adalah mengenal Allah.
Untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberinya ilmu kepada manusia melalui akal dan iman dengan satu harapan supaya manusia mengerti akan hakikat tujuan zahirnya ke dunia ini.
Sesungguhnya semua ilmu yang ada pada manusia adalah ilmu Allah semata, sedangkan pada hakikatnya manusia itu adalah kosong tidak bermaya.